Mesyuarat itu dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan setinggi 22 tingkat itu, yang dinamakan bersempena Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa berkata perubahan tempat mesyuarat itu adalah untuk menunjukkan sokongan terhadap kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.
Mesyuarat Kabinet pada Rabu adalah untuk menunjukkan komitmen dan sokongan moral kami terhadap kepimpinan kerajaan negeri. Ia juga bagi menterjemahkan sokongan kami kepada Adenan dan juga visi beliau.
"Dengan sokongan daripada kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, kita berada di sini untuk bersama-sama dengan rakyat Sarawak," kata Zahid, Selasa.
Kali terakhir mesyuarat Kabinet diadakan di luar Putrajaya ialah di Kuantan pada 2011.