suria

Nahas Helikopter: Mayat Ketiga Disahkan Pengawal Peribadi Noriah

KUCHING: Polis mengesahkan mayat ketiga yang ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dekat lokasi nahas helikopter pada Sabtu dikenal pasti sebagai jenazah pengawal peribadi Datuk Noriah Kasnon, Ahmad Sobri Harun (gambar).

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, pihak hospital mengenal pasti identiti Ahmad Sobri selain menemui kad kuasa polis pada jenazah.

Konstabel berusia 26 tahun dari Terengganu telah ditempatkan di Kuala Lumpur sebagai pengawal peribadi.

"Polis akan menguruskan penghantaran pulang jenazah ke Terengganu menggunakan pesawat tentera udara," katanya.

Muhammad Sabtu berkata, jenazah Ahmad Sobri ditemui tidak jauh dari lokasi penemuan jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon di Batang Lupar pada Jumaat.

Beliau berkata, operasi mencari diteruskan bagi mengesan tiga lagi mayat, tetapi ia bergantung kepada keadaan iaitu cuaca, arus sungai dan ancaman buaya.

"Kita juga akan meneruskan pencarian bangkai helikopter," tambahnya.

Ahmad Sobri Harun, Noriah Kasnon

Artikel Lain