"DAP telah tewas dalam pertempuran di pilihan raya ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini.
Beliau mengakui pencapaian itu telah mengecewakan parti itu tetapi ia tidak akan menghalang daripada meneruskan perjuangan bagi menyediakan alternatif untuk rakyat Sarawak.
Beliau berkata peratusan keluar mengundi yang rendah merupakan salah satu penyebab parti itu kehilangan kerusi tetapi menambah bahawa jumlah undi kaum Cina tidak terlalu besar untuk Barisan Nasional (BN).
Pada pilihan raya negeri kali ini, DAP gagal mempertahankan lima kerusi apabila hanya meraih tujuh berbanding 12 kerusi dimenangi pada 2011.
Ditanya sama kekalahan parti itu disebabkan perbalahan agihan kerusi dengan PKR, Chong berkata isu itu akan dibincangkan semasa kajian semula prestasi parti itu.
Berhubung tindakan parti itu mencuba nasib di kerusi kawasan pedalaman, Chong berkata ia adalah keputusan yang betul tetapi mengakui politik luar bandar bukan sesuatu yang mudah.
Chong mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang membantu beliau mengekalkan kerusinya dan berjanji akan terus memainkan peranannya di Dewan Undangan Negeri (DUN).