Pemandu itu dilihat cuba untuk berpatah balik apabila treler yang dipandunya gagal menaiki bukit tetapi malangnya treler itu telah menghalang kedua-dua lorong apabila tayar bahagian depannya tersangkut di longkang di tepi jalan.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi Sabtu apabila treler itu menuju ke arah Paya Terubong dari Relau.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata kenderaan jalan itu dibuka semula kira-kira pukul 1.30 tengahari selepas sebuah forklift mengeluarkan beban simen di dalam treler, sebelum membolehkannya berpatah balik.