KUALA LUMPUR: Seorang warga emas maut selepas terjun dari tingkat 11 sebuah pangsapuri di sini, Isnin. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supritendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, wanita berusia 77 tahun itu ditemui mati di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak pada pukul 7.30 pagi. Difahamkan, mangsa bukan penduduk tetap di PPR Sri Semarak sebaliknya tinggal bersendirian di PPR Seri Rejang. Mangsa juga dilapor meninggalkan sekeping nota di dalam beg tangan miliknya. "Mangsa dikesan menghidap penyakit Asma dan tinggal bersendirian. "Si Mati didakwa terjun dari tingkat 11 Blok C PPR Sri Semarak PPR. "Anak perempuannya berusia 49 tahun yang merupakan seorang guru tinggal di sebuah pangsapuri Sentul," katanya. Mohamad Roy memberitahu, polis menemui kerusi dan selipar milik mangsa di tingkat tujuh bangunan berkenaan. Manyat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.