suria

Histeria: Pelajar Baca Al-Quran Sebelum Masuk Kelas

KOTA BARU: Hampir semua pelajar Tingkatan 1 hingga 5, SMK Pengkalan Chepa 2 terlepas sesi pertama pembelajaran sejak beberapa bulan lalu untuk meluangkan masa membaca al-Quran selepas kejadian histeria melanda sekolah tersebut.

Mereka terpaksa meninggalkan sesi pertama kelas setiap hari untuk menyertai solat bagi membersihkan sekolah itu daripada 'roh jahat' yang dikatakan menjadi dalang di sebalik kejadian histeria yang menjejaskan lebih 150 pelajar sejak 12 April lalu.

Beberapa pelajar dilaporkan terlihat 'pontianak' atau 'pocong' sebelum dirasuk.

Ramai ustaz, pakar perubatan tradisional Islam, bomoh dan penghalau hantu dari Perak dibawa ke sekolah itu untuk meredakan keadaan tetapi tidak berjaya.

Namun, terdapat sekurang-kurangnya tiga kes histeria menyerang setiap hari.

Seorang pelajar Tingkatan 3 yang enggan namanya didedahkan berkata terdapat kes pelajar perempuan dirasuk hampir setiap hari sejak 12 April lalu.

"Ia seperti menjadi rutin kepada pelajar untuk berkumpul di ruang legar sekolah untuk membaca al-Quran dan berdoa.

"Kemudian pelajar perempuan akan dirasuk selepas waktu rehat pada pukul 10 pagi," katanya.

Dia berkata kes itu sering berlaku dan menyebabkannya sudah biasa terdengar bunyi jeritan dan teriakan di sekolah.

histeria, SMK Pengkalan Chepa 2

Artikel Lain