suria

Sambutan Hari Umno Ke-70 Ditunda Ke Khamis

PETALING JAYA: Sambutan Hari Umno ke-70 ditunda pada Khamis bagi memberi penghormatan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang diadakan di Istana Negara pada 11 Mei.

Majlis tersebut yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) juga akan diraikan secara sederhana bagi menghormati insiden nahas helikopter terhempas di Sarawak pada Khamis lalu.

Insiden itu meragut nyawa Timbalan Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut mengumumkan Karnival Himpunan Hari Umno sempena ulang penubuhan parti itu pada Sabtu ini dibatalkan.

Beliau berkata walaupun persiapan telah dibuat sepenuhnya dan perancangan telah dilakukan, namun kepimpinan parti sepakat untuk tidak meneruskan program tersebut.

Pada malam sambutan itu nanti, bacaaan Yassin dan tahlil akan diadakan bagi memperingati mangsa nahas.

Katanya, kepimpinan parti dan ahli-ahli Umno turut berdukacita dan bersedih atas insiden yang berlaku.

Helikopter terhempas itu turut dinaiki suami Noriah, Asmuni Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai dan pengawal peribadinya, Ahmad Sobri.

Pesawat itu dilaporkan diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

Sambutan Hari Umno Ke-70

Artikel Lain