Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teh Yee Cheu (DAP) yang mengemukakan usul itu berkata tiada sebab telah diberikan oleh speaker yang menolak usul itu.
"Saya tidak tahu sebab penolakan itu. Saya telah mengikut peraturan.
"Anda perlu tanya speaker apa sebabnya," katanya pada sidang media, Selasa.
Katanya, beliau tidak kecewa dengan keputusan itu dan akan mencuba lagi dalam persidangan akan datang.
Choo Kiang tidak dapat dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.