"Kami akan membuat keputusan apabila usul itu dikemukakan," kata Cheah ketika diminta mengulas mengenai usul itu yang dijangka akan dibentangkan oleh Muhammad Farid Ariffin (BN-Pulau Betong).
Usul itu menggesa pembatalan projek tebus guna di selatan hujung pulau itu.
Walau bagaimanapun, Adun Penanti (PKR), Dr Norlela Ariffin berkata, keputusan telah dibuat tentang bagaimana untuk mengundi. Beliau enggan mendedahkan butirannya.
Muhammad Farid, dalam persidangan November lalu membentangkan usul mendesak pendengaran awam untuk kerja-kerja penambakan tanah dan penggantungan semua penambakan baharu sehingga kajian mengenai kesannya terhadap sosial dan persekitaran lautan telah dijalankan.
Lima daripada 10 wakil rakyat PKR telah memilih untuk berkecuali. Mereka adalah Cheah, Dr Norlela, Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Dr T Jayabalan (Batu Uban) dan Lee Khai Loon (Machang Bubok).