PORT DICKSON: Seorang warga China berusia 28 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah hotel di sini. Wanita itu yang merupakan pemandu pelancong masuk ke hotel berkenaan pada hari Selasa dan sepatutnya mendaftar keluar pada Rabu. Dia dengan sekumpulan 12 pelancong China tiba di sini dari Johor Baru. Difahamkan kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 9 pagi. Jurucakap polis berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat. Berdasarkan siasatan awal, polis menolak unsur jenayah. Difahamkan, kumpulan itu telah tiba di Singapura beberapa hari yang lalu dan sepatutnya berlepas ke Kuala Lumpur pada petang Rabu.