KTMB dalam satu kenyataan pada Rabu, menjelaskan perkhidmatan tren dijangka mengalami sedikit kelewatan berikutan laluan di Stesen Kuala Kubu Baharu masih menggunakan satu landasan berikutan kerja-kerja membaik pulih giat dijalankan.
Kejadian pada 1.48 tengah hari itu melibatkan tren Ekspres Rakyat (Butterworth-Johor Baharu) yang membawa 170 penumpang dan perkhidmatan Tren Elektrik (ETS)(Kuala Lumpur-Ipoh) dengan 340 penumpang, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Hanya tiga penumpang cedera ringan dalam kejadian itu.