suria

Pasangan Sepanyol, Dua Lagi Hilang Di Sabah Ditemui Selamat

PETALING JAYA: Empat orang termasuk dua rakyat Sepanyol yang hilang di luar pantai Sabah pada 2 Mei lalu ditemui selamat oleh nelayan Vietnam, demikian menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"Mereka disahkan masih hidup dan berjaya diselamatkan oleh nelayan Vietnam," kata Ketua Pengarah APMM, Datuk Ahmad Puzi Kahar dalam mesej Whatsapp kepada The Star pada Khamis.

Ahmad Puzi berkata usaha sedang dilakukan untuk membawa empat individu berkenaan pulang ke Malaysia.

Pasangan warga Sepanyol, David Hernandez Gasulla, 29 serta isterinya Martha Miguel, 30; pemilik resort Tanjung Simpang Mengayau, Tommy Lam Wai Yin, 44; (warga China bermastautin di Sabah) dan pekerjanya Armella Ali Hassan, 23, dilaporkan hilang selepas bot mereka karam kira-kira 2.8km dari Pulau Balambangan di utara Sabah.

APMM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain