suria

Adun DAP Bangkit Kelemahan Kerajaan Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Slogan 'Pulau Pinang Bersih, Hijau dan Selamat' serta 'Cekap, Amanah, Telus' yang sering dilaungkan kerajaan DAP Pulau Pinang dipersoalkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada DAP.

Ong Kok Fooi (DAP-Bukit Berapit) mempersoalkan adakah Pulau Pinang mencapai apa yang dilaungkan dalam dasar itu sedangkan dakwanya pelbagai kemudahan dan infrastruktur antara pulau dan seberang tidak serata.

"Soalan saya adakah Pulau Pinang mencapai polisi CAT (Cekap, Amanah, Telus) kerana jika dibandingkan antara pulau dan Seberang Perai, ternyata kerajaan tempatan di Seberang Perai tidak berprestasi seperti yang diharapkan.

"Penduduk banyak (buat) aduan kepada saya ... saya perlu perjelaskan isu ini kepada rakyat di kawasan (Dewan Undangan Negeri) saya," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Jumaat.

Ong yang jelas kelihatan tidak berpuas hati dengan prestasi penjawat awam di kawasan seberang perai, berkata agensi kerajaan negeri seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak menunjukkan prestasi seperti yang diharapkan rakyat.

"Kebersihan di kawasan itu juga tidak dijaga," katanya.

Menjawab persoalan yang ditimbulkan itu, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon hanya berkata kerajaan negeri akan mengambil maklum mengenai perkara itu dan penambahbaikan akan dibuat di Bukit Berapit.

DAP

Artikel Lain