suria

Sultan Selangor Lancar Buku Masakan Diraja

Sultan Sharafuddin Idris Shah melihat muka kulit buku selepas berkenan melancarkan Buku Masakan Diraja berjudul 'Dapur Istana Alam Shah, Resipi-Resipi Diraja Oleh Tengku Ampuan Rahimah Selangor'. -fotoBERNAMA

KLANG: Buku masakan diraja yang memuatkan lebih daripada 60 resipi masakan dari istana Selangor telah dilancarkan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dilancarkan di Istana Alam Shah di sini pada petang Ahad, buku masakan bertajuk "Dapur Istana Alam Shah - Resipi Istana oleh Tengku Ampuan Rahimah Selangor" telah dikarang oleh adik Sultan Selangor, Tengku Puteri Nor Zehan.

Buku masakan ini adalah himpunan resipi kegemaran yang diturunkan oleh bonda mereka, Allahyarham Tengku Ampuan Rahimah.

Buku masakan dwibahasa yang mengambil masa dua tahun untuk dihasilkan itu turut mengandungi gambar dan ilustrasi serta kaedah memasak.

Tengku Puteri Nor Zehan berkata, ketelitian bondanya dapat dilihat berdasarkan resipi tulisan tangan yang turut dicetak ke dalam buku tersebut.

Buku itu terbahagi kepada beberapa kategori termasuk hidangan makan tengahari, minum petang, makan malam, jamuan negeri, kegemaran diraja dan resipi istimewa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain