Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Abd Razak Shaari berkata kemalangan kira-kira 1 petang itu turut melibatkan, masing-masing sebuah treler dan lori.
Katanya, beliau difahamkan, semasa kejadian Perodua Myvi tersebut dalam perjalanan dari Puchong, Selangor ke Sitiawan.
"Kereta berkenaan berada di tengah-tengah dengan sebuah treler 14 tayar di belakang Perodua Myvi, manakala sebuah lori di hadapan kereta itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Pemandu lori dan treler itu, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.