suria

Fadillah Nafi Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya menafikan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini, yang mendakwa kerajaan Persekutuan menolak permohonan atau memberi kesukaran kepada kerajaan negeri untuk membina jambatan ketiga Pulau Pinang berbanding terowong dasar laut. 

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pihaknya telah membuat penelitian dan mendapati tiada permohonan seumpama itu mahupun perbincangan dengan kementerian bagi membina jambatan tersebut. 

"Selain itu, tiada sebarang rekod mengenai permohonan atau perbincangan mengenai projek terowong dasar laut Pulau Pinang di mana ia turut memerlukan kelulusan daripada kementerian saya sebelum ia dibina atau dibuka kepada laluan trafik. 

"Mungkin pihak Ketua Menteri dapat memberi penjelasan bila permohonan itu dibuat dan bila kementerian menolak permohonan mereka untuk membina jambatan ketiga Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat. 

Fadillah berkata pihaknya amat berharap kerajaan Pulau Pinang mengendalikan masalah politik dalaman antara gabungan Pakatan Harapan atau skandal dan tidak cuba mempergunakan kerajaan Persekutuan sebagai helah dan menyelamatkan diri. -Bernama

Artikel Lain