suria

Polis Jejak Banduan Lari Dari Hospital Kajang

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang banduan lelaki tempatan dikenali sebagai Chow Kim Liong, 44, yang melarikan diri ketika  mendapat rawatan dari Hospital Kajang, malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata banduan dari Penjara Kajang itu masih memakai seluar penjara berwarna merah, berbaju t-shirt putih dengan tangan kirinya bersimen.

Beliau berkata banduan itu dipercayai melarikan diri menuju ke ibu negara dengan menaiki bas RapidKL kira-kira pukul 8.10 malam tadi.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai banduan berkenaan diminta menghubungi Penjara Kajang dan balai polis berhampiran," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam Khamis.

Othman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pihak hospital pada pukul 9.15 malam tadi.

Lelaki berkenaan yang beralamat terakhir di Taman Intan Baiduri di sini menjalani hukuman mulai Selasa lepas hingga Disember ini atas kesalahan menagih dadah, katanya.

Artikel Lain