Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar berkata AirAsia gembira dapat memperkukuh lagi kehadirannya di Maldives dengan pelancaran ATSC itu.
Beliau berkata laluan Kuala Lumpur-Male menunjukkan trek rekod yang kukuh dengan purata faktor penumpang 85 peratus bagi laluan pergi balik sejak operasi bermula pada Oktober lepas.
Pusat itu dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Maldives Moosa Zameer.
"Saya ucap tahniah kepada AirAsia dan rakan tempatan All H Maldives Private Limited.
"Perkongsian ini merupakan contoh peluang yang wujud kepada sektor swasta yang akan memacu jentera sektor Penerbangan Maldives," kata beliau.