Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, pasangan itu pada mulanya ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan mengunakan senjata berbahaya.
Walau bagaimanapun, beliau tidak pasti sama ada pasangan itu akan didakwa di bawah seksyen yang sama.
Nikkie dan Brenda Tan telah dicari oleh pihak polis selepas pekerjanya itu membuat laporan polis terhadap mereka.
Dia berkata mereka telah dipaksa berbogel sebelum majikannya merakamkan video mereka.
Dia juga berkata bahawa dia telah dipukul dengan penyembur aerosol.
Lee, 28, dan rakan sekerjanya, Tan, 24, baru sahaja mendapat kerja sebagai pentadbir pemasaran web selepas temuduga pada 21 April oleh majikannya yang berkata beliau menguruskan sebuah laman web perjudian.