Peguamnya, Ramkarpal Singh Deo berkata, tiada barangan atau harta benda yang dirampas dari premis itu dalam lawatan SPRM yang berlangsung kira-kira 50 minit.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan isterinya Betty Chew, diiringi oleh peguam dan beberapa pegawai SPRM, tiba di banglo tersebut bersama empat buah kereta pada pukul 3.10 petang.
Difahamkan, Guan Eng telah membatalkan semua acara beliau pada Ahad untuk membantu siasatan SPRM.
Sebelum itu, beliau dan isterinya hadir di pejabat SPRM.