suria

Bayi 11 Bulan Jalani Pembedahan Pemindahan Hati Di India

KUALA LUMPUR: S. Yashveena, bayi perempuan berumur 11 bulan, dijangka tiba di Chennai, India untuk menjalani pembedahan pemindahan hati.

Menurut anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC Datuk Seri S. Vell Paari, beliau mengatur segala urusan berkaitan pembedahan itu di Apollo Hospital, Chennai, untuk memastikan segala-galanya berjalan seperti dirancang.

"Saya datang ke sini (Chennai) terlebih dahulu, untuk membuat persediaan awal," katanya.

Menurut Vell Paari, menjelang pagi Khamis, Yashveena akan menjalani ujian kesesuaian bagi pembedahan pemindahan hati itu, dengan hati yang didermakan ibunya.

"Semua ujian yang diperlukan akan mengambil masa tiga hingga empat jam," katanya.

Vell Paari berkata Yashveena akan ditempatkan di rumah tetamu Apollo Hospital sementara menunggu kelulusan hospital untuk menjalani pembedahan.

"Buat sementara waktu, pasukan perubatan di Apollo Hospital akan memantau keadaannya, dengan memberi nutrisi secukupnya bagi mempertingkatkan tumbesarannya," katanya.

Sebaik sahaja kelulusan diperoleh, pembedahan akan dijalankan dan Yashveena akan tinggal di hospital selama tiga hingga empat minggu, manakala ibunya pula akan berada di hospital sama sekitar 10 hingga 12 hari.

S. Yashveena

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain