SUBANG: Penyokong bekas presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel cuba untuk menyertai Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti itu yang diadakan pada Ahad. Pada tengah hari, Bekas Bendahari Agung MIC, Datuk R.Ramanan dilihat berunding dengan pihak polis agar dibenarkan menyertai EGM itu untuk menyuarakan pendapat tentang mengapa beliau percaya mesyuarat tersebut menyalahi undang-undang. Rata-rata penyokong Palanivel berkumpul di luar dewan utama, pusat membeli-belahOne City Mall, USJ 25, Subang, lokasi berlangsungnya mesyuarat tersebut bagi menuntut untuk dibenarkan masuk. Berlaku sedikit kekecohan tetapi polis berjaya menenangkan keadaan.