PETALING JAYA: Tiada kenaikan harga petrol bagi bulan Jun. Timbalan Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia Datuk Zulkifli Mokti mengesahkan perkara itu pada Selasa. "Semua harga petrol tidak berubah bagi bulan Jun," katanya. Ini bermaksud RON95 akan kekal pada harga RM1.70 seliter manakala RON97 dan diesel masing-masing berharga RM2.05 dan RM1.55. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memilih untuk menetapkan harga petrol dan diesel berdasarkan sistem apungan terurus bermula 1 Disember tahun lalu berikutan penghapusan subsidi bahan api. Harga bahan api kekal sama sejak 1 April lalu.