suria

2,221 Karton Rokok Seludup, Tembakau Dirampas Di Pusat Pemeriksaan Tuas

Gambar Hiasan

SINGAPURA: Sejumlah 2,221 karton rokok seludup dan 70 bungkusan mengandungi 70 kilogram tembakau boleh diproses dirampas Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) Singapura di Pusat Pemeriksaan Tuas dua hari lepas.

Dalam satu kenyataan, Selasa, ICA berkata bahan larangan tersebut ditemui di dalam sebuah bas yang didaftar di Malaysia yang dipandu seorang lelaki Malaysia berumur 37 tahun.

Barangan tersebut ditemui dalam pelbagai kompartmen bas berkenaan.

Pemandu, bas, rokok dan tembakau itu telah diserahkan kepada pihak kastam Singapura untuk siasatan lanjut.

ICA berkata jumlah duti dan Cukai Barang dan Perhidmatan rokok dan tembakau  tersebut masing-masing bernilai kira-kira S$199,810 (S$1=RM2.97) dan S$19,270.-- Bernama


tembakau, Tuas, ICA, Singapura

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan