Ahmad Murad berkata Allahyarham Sarinah, 46, dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Selasa lepas dan meninggal kira-kira 9.30 malam.
"Arwah mengadu tidak sihat beberapa minggu lalu dan sering demam sebelum disahkan terdapat jangkitan di paru-paru," katanya kepada Bernama, di sini, Rabu.
Katanya jenazah disembahyangkan di Masjid Sungai Ramal Luar, Kajang, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Ramal Luar hari ini.
Allahyarham Sarinah, yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Behrang 2020, Tanjung Malim, meninggalkan seorang anak lelaki serta seorang perempuan masing-masing berusia 21 dan 19 tahun.