Menurutnya, setakat ini kedudukan Mahkamah Syariah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret.
"Kita minta semua wakil rakyat (anggota Parlimen) terutama yang beragama Islam, dan bukan Islam menyokong usul berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat Ke-55 di sini malam Selasa.
Beliau berkata usul berkenaan hanya untuk memartabatkan Mahkamah Syariah, oleh itu tiada sebab mengapa orang Islam dan bukan Islam tidak boleh menyokong.
Muktamar dewan tersebut dirasmikan Naib Presiden PAS Idris Ahmad.