suria

Jatuh Hukum Kes Huckle Isnin Ini

Richard Huckle.

LONDON: Penghidap pedofilia warga British, Richard Huckle yang melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak miskin di Kuala Lumpur akan dijatuhi hukuman pada Isnin ini.

Perkara itu dimaklumkan seorang hakim pada Jumaat.

Jatuh hukum terhadap Huckle sepatutnya didengar pada Jumaat tetapi hakim berkata beliau mahu mempertimbangkan beberapa faktor khususnya surat belas kasihatan daripada Huckle.

Hakim Peter Rook berkata tempoh hukumannya akan bermula di Mahkamah Jenayah Tengah, London antara pukul 10 pagi waktu tempatan pada Isnin.

Huckle, 30, mengaku bersalah terhadap 71 pertuduhan atas kesalahan serangan seks ke atas kanak-kanak termasuk rogol.

Dia menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran semasa melakukan kerja sukarelawan dengan masyarakat Kristian di ibu negara.

Semasa pendengaran kes pada Jumaat, peguam Huckle, Philip Sapsford memohon agar hukuman terhadap anak guamnya itu diringankan kerana sudah mengaku bersalah atas beberapa pertuduhan.

Beberapa bahan yang ditemui dari komputer ribanya turut diletakkan di pasaran gelap.

Richard Huckle, pedofilia

Artikel Sebelum

Artikel Lain