suria

Bumbung Selamatkan Lelaki Bangladesh Daripada Maut

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki Warga Bangladesh menjadikan bumbung sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan diri selepas asramanya di Bukit Bintang di sini terbakar pada Jumaat.

Kebakaran pada pukul 12 tengah hari berlaku ketika mangsa berada di biliknya di tingkat atas bangunan rumah kedai dua tingkat tersebut.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya mendapat panggilan pada pukul 12.10 tengah hari dan jentera pertama tiba empat minit kemudian.

"Sebanyak lima jentera dan 31 anggota yang berada di lokasi kejadian berjaya memadam api sepenuhnya pada pukul 12.45 tengah hari.

"Pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang mangsa yang melarikan diri melalui bumbung. Lelaki tersebut merupakan pekerja restoran yang terletak di tingkat bawah bagunan itu," katanya.

Tambahnya, pemeriksaan mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kebakaran berkenaan menyebabkan tingkat atas rumah kedai itu yang dijadikan asrama pekerja rosak 100 peratus.

Unit forensik bomba telah melakukan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kebakaran.

Artikel Lain