suria

Penjawat Awam Guna Plat D3V1L Ditangkap

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam yang memandu di bandar ini dengan plat kenderaan palsu 'D3V1L' sejak tiga bulan lepas akhirnya ditangkap pihak polis.

Warga tempatan berusia 33 tahun yang berasal dari Papar itu telah ditangkap oleh anggota polis dalam operasi khas selama enam jam di sini, Khamis.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata lelaki berkenaan ditahan kerana menggunakan plat kenderaan palsu yang merupakan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati kenderaan Perodua Viva milik pemandu itu tidak mempunyai cukai jalan yang sah.

"Kami juga mengesan satu lagi kes minggu lepas di mana pemilik kenderaan telah menggunakan perkataan `Selamat Hari Raya' sebagai plat kereta dan kami telah mengambil tindakan.

"Saya menggesa pemandu atau pemilik kereta supaya tidak mencabar undang-undang dengan melakukan perbuatan itu," kata ACP Chandra kepada pemberita pada sidang akhbar di sini Jumaat.

Artikel Lain