suria

Belum Ada Pengesahan Dakwaan Empat Lagi Rakyat Malaysia Diculik

Khalid Abu Bakar.

KUALA LUMPUR: Baru saja Malaysia bergembira dengan pembebasan empat orang dari Sarawak yang diculik kumpulan militan Abu-Sayyaf pada 1 April, kini timbul berita penculikan empat lagi rakyat Malaysia didakwa kononnya diculik di perairan Sulu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina mengenai laporan media negara itu. 

Beliau berkata demikian dalam catatan Twitter terbaharunya.

Sebuah laporan berita Filipina memetik Pengarah Polis Tawi-Tawi, S/Supt Joselito Salido sebagai berkata sekumpulan suspek tidak dikenali didakwa membawa tebusan rakyat Malaysia itu ke pantai Sitankai, Tawi-Tawi sebelum memindahkan mereka ke Sulu.

Pada 8 Jun lepas, empat rakyat Malaysia dari Sarawak yang diculik kumpulan militan Abu-Sayyaf pada 1 April ketika belayar menggunakan bot tunda dari Manila ke Sabah, selamat dibebaskan. - Bernama

Abu Sayyaf

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan