suria

Warga Emas Berputih Mata Kereta Dilarikan Penjenayah

SETIU: Seorang suri rumah warga emas berusia 59 tahun berputih mata apabila kereta Toyota Innova miliknya yang ditinggalkan di tepi jalan tanpa enjinnya dimatikan, dilarikan penjenayah bersama wang tunai RM4,500 serta sebuah buku cek Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Elias Abu Bakar berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa telah memberhentikan keretanya untuk membeli rokok di sebuah kedai runcit di Kampung Apek, Permaisuri tanpa mematikan enjin keretanya.

Katanya, mangsa kemudian ditinggalkan terpinga-pinga apabila keretanya dilarikan secara tiba-tiba oleh penjenayah ketika sedang membeli rokok.

"Mangsa turut kehilangan buku cek dan surat gadaian barang kemas dan kad pengenalan yang ditinggalkan di dalam kereta tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu dan kini polis sedang giat memburu suspek.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain