suria

Tembak Kayong: Polis Minta Saksi Tampil Beri Maklumat

MIRI: Pihak polis meminta saksi yang melihat kejadian tembakan ke atas Setiausaha PKR Cawangan Miri, Bill Kayong di Lutong di sini pagi Selasa agar tampil memberi maklumat.

Ketua Jabatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar M. M. Sree Shunmugam berkata persimpangan lampu isyarat di tempat kejadian itu kebiasaannya sentiasa sibuk dan oleh itu mungkin ramai pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian tersebut.

Beliau turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi tentang motif kejadian. Kayong, 43, yang merupakan calon PKR di kawasan Bekenu pada pilihan raya negeri 7 Mei lalu mati ditembak kira-kira 8.30 pagi tadi ketika berada di dalam kenderaan pikap Toyota Hilux di persimpangan lampu isyarat tersebut.

"Kita percaya mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Senadin dan menuju ke pejabatnya di Permyjaya," kata Dave Kumar.

Beliau berkata polis mengklasifikasi kes tersebut sebagai bunuh.

Kayong juga merupakan Setiausaha Persatuan Dayak Sarawak (Pedas) yang memperjuangkan kebajikan masyarakat Dayak. -Bernama

Bill Kayong, Mati Ditembak

Artikel Sebelum

Artikel Lain