PENGUSAHA rumah kebajikan digesa supaya memberi lebih banyak ruang kepada anak-anak yatim untuk bergaul dengan masyarakat luar bagi membentuk kenyakinan diri dan keperibadian tinggi. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada 200 anak-anak asnaf di Jakel Mall, Kuala Lumpur.