Allahyarham Izzi atau nama sebenarnya Md Izuddin Ali yang juga pakar motivasi meninggal dunia akibat serangan angin ahmar kira-kira pukul 12.45 tengah hari.
mStar Online dimaklumkan, Allahyarham diserang penyakit berkenaan sejak seminggu lalu.
Jenazahnya dijadual akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu pada pukul 8 pagi Sabtu.
Beliau juga pernah muncul dalam rancangan televisyen antaranya di TV3 seperti Kuliah Subuh, Petua, Bincang Petang dan Inspirasi Pagi di TV1.
Allahyarham adalah bekas pensyarah Matematik di Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis.