suria

Empangan Teluk Bahang Cecah Paras Rendah Terbaru

Walaupun musim El Nino sudah berakhir dan hujan mulai turun namun Empangan Teluk Bahang masih mengalami kemerosotan air. Papan elektronik Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang (PBAPP) mencatatkan kandungan air di Empangan Teluk Bahang berada pada paras 46.3 peratus. -fotoBERNAMA
GEORGE TOWN: Walaupun musim El Nino sudah berakhir dan negeri ini kini mengalami hujan, tetapi Empangan Teluk Bahang mencecah paras rendah terbaru iaitu 46.3 peratus, lebih rendah daripada paras yang direkodkan pada musim kemarau.

Tinjauan Bernama mendapati empangan itu semakin kering dan cenuramnya boleh kelihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa berkata bekalan air di negeri ini masih stabil dan mampu bertahan selama 55 hari lagi.

"Kami menjangka hujan mulai Julai seperti yang dinyatakan Jabatan Meteorologi," kata Jaseni ketika dihubungi di sini Isnin.

Empangan di Pulau Pinang membekalkan 20 peratus daripada bekalan air mentah untuk negeri ini, manakala 80 peratus lagi dari Sungai Muda.

Empangan Teluk Bahang, El Nino, PBAPP

Artikel Lain