Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata kerajaan memang bercadang untuk mengkhususkan doktor wanita sahaja yang menyambut kelahiran bayi di hospital berkenaan.
"Dalam kerajaan memang terlebih doktor wanita tetapi tidak ramai doktor wanita ini yang berminat dalam Obstetrik dan Ginekologi.
"Maka kita perlu tunggu lagilah supaya lebih ramai lagi doktor yang akan dilatih dalam bidang tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan hamper dan duit raya kepada 50 pesakit di Hospital Balik Pulau di sini Isnin.
"Ini adalah harapan kita semua dan sebagai anggota kerajaan kami bertekad untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk deliver apa yang telah perdana menteri rancang untuk rakyat," katanya.