Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 17 Komander Maritim Mohd Khairulanuar Abdul Majid berkata mayat Asmara Marajal, 30, ditemui terapung tiga batu nautika dari perairan Tanjung Batu oleh nelayan pada 11 pagi tadi.
Beliau berkata mayat Asmara kemudian dibawa oleh pasukan bomba ke Kampung Tanjung Batu dan diserahkan kepada waris mangsa.
"Mangsa keluar ke laut untuk memancing dan dilaporkan hilang selepas botnya ditemui terbalik oleh nelayan kira-kira 12 tengah hari, semalam," katanya di sini.
Mohd Khairulanuar berkata operasi SAR ditangguh pada 6 petang semalam, berikutan keadaan semakin gelap dan disambung semula 6 pagi tadi.