suria

Sanjeevan Mengadu Sakit Dada, Dimasukkan Ke Hospital

PETALING JAYA: Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (Mywatch), Datuk R. Sri Sanjeevan dimasukkan ke Hospital Seremban kerana mengadu sakit dada.

"Beliau mengalami serangan jantung dan mengadu sakit di tangan kanannya," kata sumber rapat dengan Sanjeevan kepada The Star Online pada Isnin.

Menurut sumber itu, Sanjeevan, 31, mengalami demam panas ketika ditahan polis pada 23 Jun lalu tetapi didakwa tidak dibawa ke hospital.

Sanjeevan ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ketika pengendali judi ekor menyerahkan wang tunai melebihi RM25,000 kepadanya.

Beliau ditahan bersama pemandunya yang berusia 26 tahun, seorang warga India yang tamat permit kerja.

Sanjeevan sepatutnya ditahan reman sehingga Isnin.


Artikel Lain