suria

Kelendan Lori Minta Dibicarakan Miliki Senjata Berbahaya

KUALA LUMPUR: Seorang kelendan lori memohon kepada Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan terhadap tuduhan memiliki senjata berbahaya.

S. Sivanathan, 20, didakwa memiliki pisau sepanjang 43cm dan pemotong kotak sepanjang 19cm tanpa kelulusan atau tujuan sah di sisi undang-undang di Jalan 19/42 Taman Kok Doh, Sentul, di sini pada kira-kira 11.30 pagi 3 Julai tahun ini.

Dia dituduh mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Joy Jothi, manakala Sivanathan tidak diwakili peguam.

Hakim Datin Kunasundary Marimutu menetapkan 25 Julai sebagai tarikh sebutan kes.-- Bernama



keledan lori, Taman Kok Doh

Artikel Lain