PETALING JAYA: Ahli politik dan golongan ulama yang mempunyai pandangan ekstremis merupakan mereka yang membantu mewujudkan seseorang seperti militan IS, kata aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir. "Saya rasa orang ramai perlu menyedari bahawa 'tidak sertai IS' tidak boleh dibataskan tidak mengangkat senjata. "Ia juga melibatkan tiada pemikiran seperti IS," kata Marina di Twitter pada Sekasa. Anak perempuan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan mengenai ramai orang "fikir seperti IS tetapi mungkin tidak bertindak ganas". Tetapi katanya, ia hanya memerlukan seseorang untuk mencetuskan huru-hara. "Apabila seseorang melakukannya, tidak kira sama dia adalah IS atau tidak, maka orang lain tidak boleh mengutuk dia, kerana dia sebenar bersetuju dengannya," katanya.