JOHOR BARU: Seorang warga Bangladesh ditahan selepas cuba menceroboh masuk Singapura dengan berenang merentasi Selat Johor. Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan dalam satu operasi mencari pada pukul 3.35 pagi Ahad lalu. Pihak berkuasa pemeriksaan dan imigresen Singapura dalam satu kenyataan berkata, lelaki itu berenang ke Singapura dari Johor dan tiba di pinggir laut sebelum ditahan.