suria

IS Beri Amaran Serangan Terhadap Polis

Rafi dalam satu video.

PETALING JAYA: Cabang Malaysia bagi IS telah mendedahkan satu video amaran mengenai serangan terhadap pihak polis.

Dalam video itu, pejuang IS, Mohd Rafi Udin yang merupakan bekas pemandu teksi dari Negeri Sembilan turut menggesa penyokong IS di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina  supaya bersatu di bawah kepimpinan Abu Abdullah di Filipina.

"Kepada mereka yang berada di Bukit Aman, ketahuilah anda tidak akan aman lagi. Kami akan menyerang kalian," kata Rafi berbahasa Melayu.

Video berdurasi dua setengah minit itu turut memaparkan sejumlah senjata dan rekrut IS dalam latihan di satu lokasi yang tidak didedahkan.

Dalam video itu, Rafi kelihatan duduk berlatar belakang laut bagi menyampaikan mesej kepada para penyokong di Nusantara, meminta mereka menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin IS, Abu Bakar al-Baghdad dan melakukan serangan terhadap musuh-musuhnya.

Tidak dipastikan bila video itu diambil tetapi ia telah tersebar di Internet sejak bulan lalu.

Abu Abdullah merupakan pemimpin ekstremis dari kumpulan militan Abu Sayyaf yang telah bersumpah setia kepada IS pada Januari lalu.

Rafi, turut dikenali sebagai Abu Aun al-Malysi, meninggalkan Malaysia pada 2014 untuk pergi ke Syria, untuk berjuang dengan kumpulan militan.

Rafi, yang kini berusia 40 tahun baru-baru ini dilihat di sebuah video memenggak kepala tawanan berwajah Timur Tengah bersama dengan pejuang lain.

Rafi terlibat dalam aktiviti Miltan sejak 1998, apabila beliau menyertai KMM,  untuk menggulingkan kerajaan dan menggantikannya dengan pemerintahan Islam.

Pada 2001, Ravi memberjaya melarikan diri ke Indoensia, tetapi kemudiannya di Sulawesi pada 2003.

Dia pulang ke tanah air pada 2004, dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

IS

Artikel Sebelum

Artikel Lain