suria

"Saya Tak Boleh Hanya Duduk Dan Bersedih" - Nurulhidayah

ANAK sulung Timbalan Perdana Menter, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah berkata, Aidilfitri kali ini tidak akan sama seperti sambutan perayaan itu yang terdahulu.


Beliau yang kehilangan suami tercinta beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Ramadan tahun ini bagaimanapun berkata, apa yang berlaku tidak menghalangnya daripada membuat persiapan raya untuk anak-anak.

Nurulhidayah, 38, berkata walaupun dirinya masih bersedih, beliau tidak mahu tiga anaknya, Arjuna Iskandar, 13, Zaheed Alwee, 8 dan Khadeeja Sofea, 7, merasai perbezaan atau kekurangan dalam menyambut lebaran kali ini.

"Kami akan menyambut Aidilfitri seperti biasa, secara sederhana, walaupun persiapan dibuat pada saat akhir," katanya kepada mStar Online.

Ikuti temubual bersama Nurulhidayah yang berkongsi kisah raya dan suka dukanya dalam membuat persiapan menjelang lebaran.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain