suria

Kawalan Ketat Di Majlis Rumah Terbuka PM

PUTRAJAYA: Beribu-ribu orang berkumpul untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri di kediaman rasminya di Seri Perdana.

Orang ramai mula hadir seawal jam 9 pagi dan berbaris untuk memasuki Seri Perdana dengan sabar walaupun acara terbuka itu dijadualkan bermula pada pukul 10 pagi.

Tahap keselamatan adalah ketat, dengan setiap tetamu perlu menjalani proses imbasan, manakala beg mereka juga diperiksa sebelum memasuki kediaman perdana menteri.

Pemeriksaan keselamatan kedua di pintu masuk utama ke kediaman rasmi perdana menteri turut dilakukan.



Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Perdana Menteri akan bermula seperti yang dijadualkan dan berakhir pada jam 4 petang.

Orang ramai akan dapat bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta menteri-menteri kabinet lain.

Banyak makanan untuk pengunjung telah disediakan di dalam kawasan Seri Perdana.

Para tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh kumpulan kebudayaan daripada Istana Budaya.


Artikel Lain