Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh dalam satu kenyataan berkata, rakaman suara yang kini telah menjadi viral itu juga menghasut semua ahli kongsi gelap untuk berkumpul di Bukit Aman pada pukul 2 petang, Jumaat ini.
Beliau berkata rakaman itu adalah palsu dan tidak berasas.
“Tuduhan seperti itu berbentuk hasutan yang boleh membawa kepada insiden perkauman.
Amar berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada individu yang menyebarkan maklumat terbabit mengikut Akta Hasutan 1948.