suria

BN, Umno Tidak Khuatir Penubuhan Parti Baharu Oleh Dr Mahathir

MONGOLIA:  Barisan Nasional (BN) dan Umno sedia berhadapan dengan mana-mana parti baharu atau pakatan pembangkang kerana yakin ia semakin kukuh dan masih mendapat sokongan rakyat. 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah meminta parti-parti komponen BN merapatkan barisan dan menghadapi apa juga cabaran, sama ada daripada parti pembangkang sedia ada atau yang baharu.

"Kita mahu BN terus kukuh, menang dan jadi kerajaan pada pilihan raya umum ke-14 nanti," katanya ketika diminta mengulas pengumuman penubuhan parti baharuoleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis. 

Menurut Zahid, kemenangan BN pada pilihan negeri Sarawak dan pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar menunjukkan BN terus meraih sokongan rakyat, namun ia tidak boleh terlalu yakin. 

Katanya, walaupun BN tidak menafikan mereka (pembangkang) mempunyai pengaruh, ia akan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat perbandingan danmelihat prestasi pencapaian yang ditunjukkan BN selama ini.

"Sebagai negara demokrasi, kita tak boleh halang mana-mana kumpulan atauorang membuat parti baharu, mengambil alih atau menukar nama parti. Kita tahuPRU tinggal dua tahun sahaja maksimum, mereka rasakan paling baik caripengaruh," tambah Zahid.

Dr Mahathir mengumumkan beliau akan menubuhkanparti baharu yang akan menjadi sebahagian daripada komponen pakatan pembangkangbagi menghadapi PRU ke-14. Pakatan pembangkang yang baharu itu terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara sebagai anggotanya. 

Mengulas lanjut penubuhan parti baharu itu, Zahid yang juga Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden, berkata BN dan Umno akan berjuang habis-habisan untuk memastikan ia terus menjadi kerajaan.

Apabila ditanya sama ada BN dan UMNO rasa tergugat dengan penubuhan partibaharu oleh Dr Mahathir, Zahid berkata mereka akan menggunakan segala ilmu yang dicurahkan oleh bekas perdana menteri itu. 

"Malahan orang yang mahu menubuhkan parti baharu berkenaan juga suatu masamenjadi pemimpin mengambil tindakan yg sama terhadap musuh-musuh politiknya, jadi atas ilmu politik yang diajar kepada kami, kami akan laksanakan.

"Dan jika orang itu berada di sebalik sana, kita akan lakukan sebagaimanayang beliau lakukan suatu ketika dulu kepada musuh politik beliau," katanya.  -Bernama

Ahmad Zahid Hamidi, Dr Mahathir, Umno

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan