suria

Polis Ambil Keterangan Nga Hina Aidilfitri

Nga Kor Ming.

KUALA LUMPUR: Polis mengambil keterangan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming di Bukit Aman bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 yang dijalankan terhadapnya.

Beliau disoal siasat selama sejam selepas tiba di Ibu Pejabat Polis Persekutuan itu sekitar pukul 2 petang Isnin berhubung dakwaan menghina sambutan Aidilfitri dalam akaun Facebook miliknya.

"Polis berkata saya disiasat mengikut Akta Hasutan dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

"Mereka bertindak secara profesional dan saya menjawab semua pertanyaan mereka secara profesional," katanya kepada pemberita ketika meninggalkan Bukit Aman.

Nga yang ditemani peguamnya, Gobind Singh Deo semasa soal siasat enggan mengulas lanjut mengenai siasatan yang sedang dijalankan selain berkata beliau tidak memuat naik mesej tersebut.

Nga didakwa menyamakan sedekah duit raya sebagai rasuah dan 'dedak' selain mengucapkan Selamat Hari Raya berlatar belakangkan bendera Amerika Syarikat dengan tangan berdoa berimejkan rumah api yang merupakan simbol agama Kristian.


Akta Hasutan, Nga Kor Ming, PDRM

Artikel Lain