KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Filipina ditemui mati ketika cuba melarikan diri daripada dicekup pihak polis yang menjalankan operasi khas bagi membanteras kegiatan pelacuran dan pemeriksaan warga asing di sekitar Bukit Bintang. Mangsa berusia 32 tahun itu mati selepas didakwa terjatuh dari tingkat 15 bangunan Kompleks Sun di sini pada Ahad. Mangsa disahkan maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian muka, kaki dan badan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata operasi yang bermula tengah malam tadi berjaya mengesan beberapa premis judi dan pusat hiburan yang menjadi lubuk maksiat di beberapa kawasan hitam sekitar Kompleks Sun. Seramai 500 anggota polis diketuai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Supritenden Muhamad Shamsudin terlibat dalam operasi berkenaan yang berakhir sekitar jam 6 pagi. Ikuti laporan lanjut di mStar TV.