Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif setelah beliau dimaklumkan oleh keluarga mendiang, Selasa.
T. Sarifhla, 25, meninggal dunia pada pukul 5 pagi di Hospital Kuala Lumpur.
"Perkara ini dimaklumkan oleh keluarga mendiang hari ini dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya kepada Bernama.
Mangsa dikatakan sedang mengisi minyak sambil menggunakan telefon bimbit sebelum berlaku percikan api hingga menyambar telefon bimbitnya dalam kejadian 1.25 tengah hari itu.
Wanita itu dipercayai bertindak masuk ke dalam keretanya dan menutup pintu kereta jenis Perodua Axia itu.