Menurut laporan pasukan The Star Traffic yang diketuai oleh Priscilla Patrick, kejadian paip air pecah di Lebuhraya Grand Saga, berhampiran Cheras Leisure Mall, berpunca daripa kerja-kerja pembinaan MRT.
Beliau menjangkakan kelewatan sehingga tengahari.
Trafik dilihat sesak dari Giant Cheras menuju ke pusat bandar dan menuju ke Taman Connaught.
Sehingga pukul 9.20 pagi, trafik merangkak-rangkak sepanjang 3km dari tol Batu 9 - Taman Segar - disebabkan oleh paip air pecah yang menyekat lorong kiri.
Pegawai-pegawai dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bertemu dengan wakil-wakil daripada MRT dan pembaikan dijangka siap pada pukul 5 petang.